Saturday, August 19, 2006
Wahai sahabat...izinkan..ku berbicara...buat seketika
Kawan di akhir zaman ini
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki diri nya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat Yang sanggup bersusah dan
penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan profession nya sebagai matlamat ke akhirat sana Yang ada
hanya ahli professional yang lalai dan leka Yang hidup nya lebih barat
dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan Yang berhubung hanya niat
bertanya khabar
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yag sedia ada Bersahabat untuk
mendapat laba
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri Yang menghidupkan ilmu
yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain Yang menghidupkan sunnah
barat
Yang melupakan kehidupan akhirat
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan Yang ada hanya
Yang menjadikan komplek tempat membuang umur Yang menjadikan disko dan
pesta sebagai tempat berhibur
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyayian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir Yang senantiasa merasai
jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian Merintih sayu mengenangkan
persediaan
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh
Posted at 8/19/2006 7:08:54 pm by
dR RaJaMaR