Entry: Wahai sahabat...izinkan..ku berbicara...buat seketika Saturday, August 19, 2006
Kawan di akhir zaman ini
Kawan di akhir zaman ini Payah untuk kita ketemui Yang benar-benar sibuk Dengan urusan baiki diri nya Yang ada kini hanya Sibuk dengan urusan mengumpul dunia Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya
Kawan di akhir zaman ini Payah untuk kita ketemui Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat Yang sanggup bersusah dan penat Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat Yang ada kini hanya lah Berbangga dengan ijazah yang menjela Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka
Kawan di akhir zaman ini Payah untuk kita ketemui Ahli professional yang bertaqwa Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa Mengunakan profession nya sebagai matlamat ke akhirat sana Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka Yang hidup nya lebih barat dari barat Ibadah dan amal terasa amat berat
Kawan di akhir zaman ini Payah untuk kita ketemui Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan Yang berhubung hanya niat bertanya khabar Yang ada hanya Yang berkroni untuk mendapat projek yag sedia ada Bersahabat untuk mendapat laba
Kawan di akhir zaman ini Payah untuk kita temui Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri Yang menghidupkan ilmu yang ada Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka Yang ada hanyalah Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain Yang menghidupkan sunnah barat Yang melupakan kehidupan akhirat
Kawan di akhir zaman ini Susah untuk kita temui Yang menjadikan masjid tempat pertemuan Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan Yang ada hanya Yang menjadikan komplek tempat membuang umur Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur
Kawan di akhir zaman ini Susah untuk kita temui Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan Menjadikan nasyid nyayian harian Menjadikan selawat ucapan kelaziman Yang ada hanya Artis di jadikan bahan pujaan Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan Dianggap moden dan berketrampilan
Kawan di akhir zaman ini Susah untuk kita temui Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir Yang senantiasa merasai jelingan Izrail Menangis cemas mengenangkan saat kematian Merintih sayu mengenangkan persediaan Yang ada hanya Yang panjang angan-angan Mengumpul dunia kerja seharian Seolah kematian itu sangat jauh Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh